Tuesday, 11 June 2013

New Acquisition

Sejak sebulan dua lepas, agak sibuk menguruskan pembelian tanah ini.

5 Jun lepas, akhirnya termeterai jual beli antara gardener dengan tuan tanah asal dibantu agen - Cikgu Zamri. Terpaksa cuti sehari pada hari itu untuk settlekan semuanya. Alhamdulillah, selesai.

Lepas selesai urusan jual beli di pejabat tanah, terus kami sekeluarga meninjau tanah, dan sempat kutip pucuk paku fresh lagi.Alhamdulillah.

Nampak macam pokok manggis dan pokok rambai sedang berbuah. Ibu sempat lagi memancing kat sungai tapi kata tuan tanah asal - Pak Mat yang kebetulan lalu situ , katanya mata kail kasar, kena pakai mata kail haluss. Patutlah tak dapat dapat ikan.

Selepas terjumpa Pak Mat yang kebetulan meninjau tanahnya disebelah tanah kami, kami ikut dia ke rumahnya - saja nak kenal rumah. 

Semasa di kebun baru ku ini, sempat juga tanam pokok kantan. Harapnya akan membesar bagai johan..aminn..

My Lil Dream Garden

Bismillahirrahmanirrahim.

My Lil Dream Garden bermula sebagai satu impian dan cita cita. This is the beginning of my quest for a happy, healthy, simple and organic living.

Semoga perjalananku yang masih jauh ini dipermudahkan dan diberkati Allah SWT